Wednesday, 24 August 2011

nikmat dunia

Menjadi seorang manusia yang dkurniakan dengan agama,kesihatan tubuh badan, keturunan yang baik merupakan satu nikmat yang tak ternilai daripada-Nya.
namun,ada juga yang tidak bersyukur diatas apa yang telah diberikan..
 aku juga manusia,fitrah tersebut memang tipu kalau aku cakap aku tak rasa..
ya! memang sekali sekala aku alpa,aku lupa padaNya,aku tidak bersyukur..
bodohnye aku seorang manusia jahil!
tapi aku cepat tersedar walau banyak kali juga aku mengulangi kesalahan yang sama..

tersedar,namun mengulangi kembali..
seperti roda yang hanya tahu berputar dan tiada titik berhenti..

perasaan sayang kepada seseorang juga merupakan anugerah yang diberikan olehNya..
kalau tiada perasan itu,maka matilah hati dan paling menyedihkan mereka telah hilang satu nikmat..

kini,aku hanya mampu berdoa sahaja..
kalau betul aku diciptakan untuk dia,
maka jangan lah buat aku lupa akan dia dan juga Dia..
namun,jika sudah tertulis dia bukanlah untuk aku
aku mohon supaya tenangkan hati aku setenang- tenang yang aku mampu..
amin..

Wednesday, 3 August 2011

Indahnya Wanita



Indahnya Wanita - wanita solehah

Beruntungnya seorg wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan tuhan... . jadi 'kilang' manusia. tiap2 bulan diberi cuti bergaji penuh... 7 hingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yg Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. org lelaki tak ada cuti dari sembahyang... . sembahyang wajib baginya dari baligh sampailah 'padam'.

satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis. inilah nikmat tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa takut nak beranak? marilah kita pegang pada tali Allah.

seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid Allah izinkan terus masuk syurga. untuk org kafir dia tak dapat masuk syurga tapi dapat kelonggaran siksa kubur.

untuk peringatan semua wanita yg bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa2 suami dia tak tanggung.

diakhirat nanti seorg wanita solehah akan terkejut dengan pahala extra yg banyak diterima di atas segala kebaikan suaminya yg tak disadari. bila dia lihat suaminya terengah-rengah di titian sirath dia tak mahu masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.

didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi diakhirat. kalau isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

manakala suami pula mempunyai tugas2 berat didalam dan diluar rumah, segala dosa2 anak dan isteri yg tak dididik dia akan dapat 'sahamnya' ditambah lagi dengan dosa2 lain.

dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tak durhaka kepadaNya.

Wallahu'alambissawaab... .(copy from here)

Sunday, 24 July 2011

Guys, tolong jangan buat Girls menangis....

Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...


Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.

Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”


Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...


[copied from http://www.akalemosi.com/]

Saturday, 23 July 2011

i'am now a sudent..... again!

soon or later i will stand that title as a student..
but i never thought that...this fast it will..huhuh!
so,here i come gdaa the student! hahah!

x sngka sebenarnye dpat twaran kat U tu.. x expect pom,sesaje je apply tapi xd niat nk sambung pom..
tapi dah kursus yang ditawarkan menambat hati.. ape tunggu ag kan,pergi je la..
so,selamat tinggal tuk teknologi tekstile..


awak...saya tunggu........................

Thursday, 21 July 2011

*sigh*

awak.saya jeles.....[hmm].

sebab tu la malas nk on9.. baek buta it je,xd la sakit2 hati cam ni..
pape pom,saya  xpatut ase cam ni.. saya sepatutnya doakan kebahagiaan awak dengan org laen..
maaf awak..

be strong gdaa!
you have made the decision,bear on it!
heehhee...

Wednesday, 20 July 2011

2 bulan yang lalu..........

hehehe! HAPPY! sebabnya.......jeng..jeng...jeng..!hahahah!
ok la,ok la.. kalau korang bukak blog ni kan,mesti dapat dengar lagu[bella's lullaby by carter burwell] yang dah dicari dulu- dulu lagi.. tahu tak,masa dekat kolej dulu aku bersungguh- sungguh[cheh!] cari lagu ni.. tapi tak dapat- dapat.. suruh kawan- kawan duk cari la,tapi still tak dapat..haish!

akhirnya,terbiar macam tu je blog ni tanpa muzik..hehe! tapi setelah dua bulan pencarian,penantianku akhirnya tercapai jua..haha! lagu itu tersergam indah menghiasi ruangan blog ini.. xdela la susah sangat nak cari lagu ni,tapi x tahu kenapa jadi susah dulu..hmm..

actually,lagu ini ada kenangan tersendiri. slow dan romantik- type. i like!!
walaupun dia slow tapi muzik ni la yang megejutkan tidurku,walaupun terlena dan terbuai indah dalam mimpi,bilamana lagu ini kedengaran,pasti akan keluar jua dari mimpi- mimpi itu.
macam alarm song pom ada gak.. macam x caya an,tapi tu la kenyataan dia. lagu yang memberi kuasa terindah!
lagu ini aku assign tonekan tuk sesorang.. bila dia message je,pasti akan kedengaran. bila sunyi je,pasti akan kerinduan untuk mendengar lagu ini hari2. hmm,bahagia sekejap.

tapi kali ini,untuk beberapa bulan yang lalu, melodi ini tidak lagi kedengaran.. tiada lagi bunyi- bunyi indah yang akan menghiasi malamku. untuk dua bulan dia menghilang. melodi ini telah berlalu tanpa langsung sedikit pom berpaling. pergi meninggalkan kesan yang mendalam..

tapi,untuk kesekian kalinya,melodi ini berkumandang lagi. buat aku betul- betul terharu. seperti tidak percaya. betoi ka..??
 tapi memang betul dan tidak salah lagi,memang itulah bunyinya. melodi ini bertahan untuk dua bulan selepas itu. tapi kini,melodi itu tiada lagi. sunyi kembali. sudah tiada kata- kata semangat untuk di dengar. walau hanya sumpahan yang di terima,tapi masih lagi memberi semangat untuk aku teruskan kenangan dan kehidupan. sumpahan semangat gitu!huh! serius,aku rindu..hmm.

tapi apa kan daya,aku yang memilih untuk melodi ini tidak kedengaran. aku yang membuat keputusan walau aku tahu aku yang akan merana kesan dari tindakan aku ni. walau ada penyesalan di situ,tapi terpaksa aku tegaskan jua. serius,aku rindu akan muzik ini dan juga caller tone aliff satar,cukup indah.. tapi semua itu sudah tiada lagi.. untuk dua bulan aku merana,dua bulan juga aku bahagia tuk seketika cuma. ku bersyukur.. walaupun hati ku ingin saja menyambung tempoh dua bulan itu. kalo boleh biar tiada istilah bulan,tahun.. biarlah untuk selamaya,tapi semuanya telah tertulis.. aku pasrah..heeh!


dua bulan......<3
frontpage hit counter