hehehe! HAPPY! sebabnya.......jeng..jeng...jeng..!hahahah!
ok la,ok la.. kalau korang bukak blog ni kan,mesti dapat dengar lagu[bella's lullaby by carter burwell] yang dah dicari dulu- dulu lagi.. tahu tak,masa dekat kolej dulu aku bersungguh- sungguh[cheh!] cari lagu ni.. tapi tak dapat- dapat.. suruh kawan- kawan duk cari la,tapi still tak dapat..haish!
akhirnya,terbiar macam tu je blog ni tanpa muzik..hehe! tapi setelah dua bulan pencarian,penantianku akhirnya tercapai jua..haha! lagu itu tersergam indah menghiasi ruangan blog ini.. xdela la susah sangat nak cari lagu ni,tapi x tahu kenapa jadi susah dulu..hmm..
actually,lagu ini ada kenangan tersendiri. slow dan romantik- type. i like!!
walaupun dia slow tapi muzik ni la yang megejutkan tidurku,walaupun terlena dan terbuai indah dalam mimpi,bilamana lagu ini kedengaran,pasti akan keluar jua dari mimpi- mimpi itu.
macam alarm song pom ada gak.. macam x caya an,tapi tu la kenyataan dia. lagu yang memberi kuasa terindah!
lagu ini aku assign tonekan tuk sesorang.. bila dia message je,pasti akan kedengaran. bila sunyi je,pasti akan kerinduan untuk mendengar lagu ini hari2. hmm,bahagia sekejap.
tapi kali ini,untuk beberapa bulan yang lalu, melodi ini tidak lagi kedengaran.. tiada lagi bunyi- bunyi indah yang akan menghiasi malamku. untuk dua bulan dia menghilang. melodi ini telah berlalu tanpa langsung sedikit pom berpaling. pergi meninggalkan kesan yang mendalam..
tapi,untuk kesekian kalinya,melodi ini berkumandang lagi. buat aku betul- betul terharu. seperti tidak percaya. betoi ka..??
tapi memang betul dan tidak salah lagi,memang itulah bunyinya. melodi ini bertahan untuk dua bulan selepas itu. tapi kini,melodi itu tiada lagi. sunyi kembali. sudah tiada kata- kata semangat untuk di dengar. walau hanya sumpahan yang di terima,tapi masih lagi memberi semangat untuk aku teruskan kenangan dan kehidupan. sumpahan semangat gitu!huh! serius,aku rindu..hmm.
tapi apa kan daya,aku yang memilih untuk melodi ini tidak kedengaran. aku yang membuat keputusan walau aku tahu aku yang akan merana kesan dari tindakan aku ni. walau ada penyesalan di situ,tapi terpaksa aku tegaskan jua. serius,aku rindu akan muzik ini dan juga caller tone aliff satar,cukup indah.. tapi semua itu sudah tiada lagi.. untuk dua bulan aku merana,dua bulan juga aku bahagia tuk seketika cuma. ku bersyukur.. walaupun hati ku ingin saja menyambung tempoh dua bulan itu. kalo boleh biar tiada istilah bulan,tahun.. biarlah untuk selamaya,tapi semuanya telah tertulis.. aku pasrah..heeh!
dua bulan......<3
No comments:
Post a Comment